Wednesday, 27 June 2012

KATA HIKMAH TUK ARY NIE...



Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.

b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.

c.
Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.

d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.


- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -

LAUHAN rASA

LAUHAN RASA

Assalamualaikum...
Semester sudah bermula..aku xtahu nk wat gapo2 sepanjang cuti nie...boring juga hidup nie..bgun pagi dengan rutin harian mengemas n menolong ibu di dapur...best jgk klu time cuti nie da majlis yang menyeronokkan..

Monday, 21 May 2012

IMAM SYAFIE


MUTIARA KATA IMAM SYAFIE


  • Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  • Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  • Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  • Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  • Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  • Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  • Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  • Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  • Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Semoga menjadi amalan dalam kehidupan kita...aminnnn

MOTIVASI DIRI


Membina Motivasi Diri

 Perbaiki imej anda dan cuba lakukan sedikit perubahan
 -          Jika anda lelaki, imej dan pemakaian anda haruslah kemas dan bersih.
-          Jika anda wanita, tukar imej kusam anda kepada yang kemas, elegan dan aktif. Kenakan warna-warna yang ceria pada tubuh anda; pada tudung dan baju. Hiasi diri anda dengan sedikit solekan yang nipis dalam membina keyakinan diri anda.

 Lakukan senaman ringan
-         Selain memperbaiki imej,kesihatan yang baik juga perlu diberi keutamaan dalam membina keyakinan diri.

Sentiasa senyum
-          Sedekah yang paling mudah dan senang adalah melalui senyuman.
-          Senyuman pengubat segala kemarahan.
-          Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, InsyaAllah kita akan mendapat kembali senyumannya.

Berfikiran positif
-          Berfikiran positif membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki menjadi luas. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Allah.

Bersedia untuk berubah
-          Jangan teragak-agak untuk berubah. Jika orang lain boleh berubah, kenapa anda tidak boleh?Anda juga insan yang dikurniakan Allah dengan pelbagai kebolehan dan keistimewaan tertentu.


MUTIARA KATA CINTA


5 Mutiara Kata Cinta
  • Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau  dicintai. Maka, janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan.
  • Cinta, sesuatu yang subjektif dan cinta bukanlah sesuatu yang mampu kau jawab dengan logika.
  • Jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.
  • Jika melepaskannya memang jalan terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tetapi saling mendoakan kebahagian masing-masing.
  • Walau sekuat manapun cinta kita kepada seseorang, simpanlah sikit rasa keraguan di dalam hati. Agar suatu hari nanti kita diuji, kita tidak akan terus jatuh rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bagun semula.