Assalamualaikum...
Semoga
kita semua lebih bersemangat dan bermotivasi tuk menjalani hidup ini dan
menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat...amin ya rabbal'alamin...
Kalangan kamu yang paling baik, ialah
mereka yang paling baik akhlaknya.
~Bukhari dan Muslim~
Disiplin merupakan asas keimanan dan
kemakmuran hidup manusia.
~Tan Sri Hanif
Omar~
Tidak dihitung kaya yang banyak
harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya
jiwa.
~Bukhari dan Muslim~
Kita tidak harus bersifat negatif
kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam
kegagalan itu ada kebaikannya.
~Prof. Datuk Hj. Shahron
Ahmad~
Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja
secara berpadu ialah kejayaan.
~ Henry Ford~
Orang yang membuat kesalahan dan
berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua
kesalahan.
~Issac Watts~
Siapa melawan kita, ia membaja
menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
~Edmund Burk~
If you can’t make a mistake, you
can’t make anything.
~Morva N. Collins~
"Gunakan akal anda seolah-olah
nyawa anda bergantung kepadanya"
~ Hamba Allah~
"Ilmu dan kepandaian itu adalah
sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur"
~ Hamba Allah~
"Anda tidak boleh mencipta
pengalaman. Anda mesti menghadapinya."
~ Albert Camus~
"Orang yang berjaya dalam hidup
adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang." ~ Cecil B. DeMille~
"Ukuran yang paling tinggi
tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya
terlebih dahulu." ~ Aflatun~
"Akhlak yang buruk itu ibarat
tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan
menjadi tanah." ~ Wahab B.
Munabin~
"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan
adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan."
~ Andre
Colin~
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa,
tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno~
"Semiskin-miskin orang ialah
orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
~ Hukama~
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang
boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln~
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."
~
Albert Einstein~
"Nilai manusia adalah semahal
nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius~
"Seseorang yang melakukan
kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."
~ Confucius~
"Sampan tidak akan dapat belayar
di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu."
~ Pepatah Arab~
"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze~
"Jika anda bekerja semata-mata
untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai
pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda."
~ Ray Kroc (Pengasas
McDonalds)~
"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak
menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews~
"Sesiapa yang tidak berfikir
panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya."
~ Khong Hu Cu~
"Kepala yang tidak mempunyai
fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela."
~ Napoleon Bonaparte~
"Fikirkan tentang dirimu. Jika
satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya." ~ Voltaire~
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan
pertanyaannya, bukan dari
jawapan-jawapannya." ~ Voltaire~
"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan
banyak hutang."
~ Anonim~
"Lombong emas dalam diri kamu
adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas
yang kamu inginkan."
~ Abdullah Mansur M.H~
"Apabila kepercayaan telah
hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier~
"Kurang semangat mengakibatkan
lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran."
~ Flower A. Newhouse~
"Manusia tidak merancang untuk
gagal, mereka gagal untuk merancang."
~William J. Siegel~
"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada
perubahan."
~ Mognon Me Lauhlin~
"Jika anda mahu membuat sesuatu,
anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari
alasan." ~ Peribahasa Arab~
"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles
Cahier~
"Menyimpang seinci, rugi seribu
batu." ~ Peribahasa Cina~
"Keberanian yang sebenar ibarat
layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya." ~John Petitsenn~
"Kerana anda dapat mengawal
kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah
pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar."
~ Barbara
Hall~
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka
yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang."
~ Whitney
W Young~
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir
Mohamad~
"INSAN YANG MENGHARGAI KEHIDUPAN
ADALAH INSAN YANG BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN."
Sekian....