"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan."
Tuesday, 22 May 2012
Monday, 21 May 2012
IMAM SYAFIE
MUTIARA KATA IMAM SYAFIE
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Semoga menjadi amalan dalam kehidupan kita...aminnnn
MOTIVASI DIRI
Membina
Motivasi Diri
Perbaiki imej anda dan cuba lakukan sedikit perubahan
-
Jika anda lelaki,
imej dan pemakaian anda haruslah kemas dan bersih.
-
Jika anda wanita,
tukar imej kusam anda kepada yang kemas, elegan dan aktif. Kenakan warna-warna
yang ceria pada tubuh anda; pada tudung dan baju. Hiasi diri anda dengan
sedikit solekan yang nipis dalam membina keyakinan diri anda.
Lakukan
senaman ringan
- Selain
memperbaiki imej,kesihatan yang baik juga perlu diberi keutamaan dalam membina
keyakinan diri.
Sentiasa
senyum
-
Sedekah yang
paling mudah dan senang adalah melalui senyuman.
-
Senyuman pengubat
segala kemarahan.
-
Hadiahkanlah senyuman
kepada seseorang, InsyaAllah kita akan mendapat kembali senyumannya.
Berfikiran
positif
-
Berfikiran positif
membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang,
masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki menjadi luas. Selama
kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar
terhadap Allah.
Bersedia untuk
berubah
-
Jangan
teragak-agak untuk berubah. Jika orang lain boleh berubah, kenapa anda tidak
boleh?Anda juga insan yang dikurniakan Allah dengan pelbagai kebolehan dan keistimewaan
tertentu.
MUTIARA KATA CINTA
5 Mutiara Kata Cinta
- Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka, janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan.
- Cinta, sesuatu yang subjektif dan cinta bukanlah sesuatu yang mampu kau jawab dengan logika.
- Jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.
- Jika melepaskannya memang jalan terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tetapi saling mendoakan kebahagian masing-masing.
- Walau sekuat manapun cinta kita kepada seseorang, simpanlah sikit rasa keraguan di dalam hati. Agar suatu hari nanti kita diuji, kita tidak akan terus jatuh rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bagun semula.
~KISAH PEDOMAN~
JANGAN
MENAKUT-NAKUTKAN SESAMA KITA
Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan
oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang
sahabat telah tertidur. Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah
mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja). Apabila
sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya,
dia begitu susah hati. Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi
seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.
(Hadith riwayat Abu Daud)
=========
Bergurau juga ada batasannya, jangan sampai
teman-teman kita jadi trauma.
JANGAN MENCACI SESAMA KITA
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki
sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di
hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w
terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu
mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya.
Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu
meninggalkannya.
Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya
Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap
duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?
Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang
malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi
pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu,
dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama
dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)
===========
Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan
Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui,
Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih
sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang
telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama
kita lagi.
KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA
Pada
suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid,
menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu
datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka
terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan
tuannya tadi. Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya
empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang
sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa
diminta mengurangkan harganya tadi.
Ditengah jalan, dia terserempak dengan
Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa
barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang
tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu,
"Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi
itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga
sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat
kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus
lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung
dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini
paling murah lima ratus dirham." Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu
melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke
kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi
itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak
merasa malu dan takut kepada Allah s.w.t. atas perbuatanmu menjual
barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi.
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman,
amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan
amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman
dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.
Dalam
hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah itu
penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya
aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut
aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima
imam kecuali imam Nasa'i)
Friday, 18 May 2012
MUTIARA KATA TOKOH TERKENAL
Assalamualaikum...
Semoga
kita semua lebih bersemangat dan bermotivasi tuk menjalani hidup ini dan
menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat...amin ya rabbal'alamin...
Kalangan kamu yang paling baik, ialah
mereka yang paling baik akhlaknya.
~Bukhari dan Muslim~
Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia.
~Tan Sri Hanif
Omar~
Tidak dihitung kaya yang banyak
harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya
jiwa.
~Bukhari dan Muslim~
Kita tidak harus bersifat negatif
kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam
kegagalan itu ada kebaikannya.
~Prof. Datuk Hj. Shahron
Ahmad~
Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja
secara berpadu ialah kejayaan.
~ Henry Ford~
Orang yang membuat kesalahan dan
berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua
kesalahan.
~Issac Watts~
Siapa melawan kita, ia membaja
menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
~Edmund Burk~
If you can’t make a mistake, you
can’t make anything.
~Morva N. Collins~
"Gunakan akal anda seolah-olah
nyawa anda bergantung kepadanya"
~ Hamba Allah~
~ Hamba Allah~
"Ilmu dan kepandaian itu adalah
sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur"
~ Hamba Allah~
"Anda tidak boleh mencipta
pengalaman. Anda mesti menghadapinya."
~ Albert Camus~
"Orang yang berjaya dalam hidup
adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa
menyimpang." ~ Cecil B. DeMille~
"Ukuran yang paling tinggi
tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya
terlebih dahulu." ~ Aflatun~
"Akhlak yang buruk itu ibarat
tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan
menjadi tanah." ~ Wahab B.
Munabin~
"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan."
~ Andre
Colin~
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno~
"Semiskin-miskin orang ialah
orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
~ Hukama~
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln~
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."
~ Hukama~
"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln~
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."
~
Albert Einstein~
"Nilai manusia adalah semahal
nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius~
"Seseorang yang melakukan
kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi."
~ Confucius~
"Sampan tidak akan dapat belayar
di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu."
~ Pepatah Arab~
"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze~
"Jika anda bekerja semata-mata
untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai
pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda."
~ Ray Kroc (Pengasas
McDonalds)~
"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews~
"Sesiapa yang tidak berfikir
panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya."
~ Khong Hu Cu~
"Kepala yang tidak mempunyai
fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela."
~ Napoleon Bonaparte~
"Fikirkan tentang dirimu. Jika
satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh
menghentikannya." ~ Voltaire~
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire~
"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire~
"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."
~ Anonim~
"Lombong emas dalam diri kamu
adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas
yang kamu inginkan."
~ Abdullah Mansur M.H~
~ Abdullah Mansur M.H~
"Apabila kepercayaan telah
hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier~
"Kurang semangat mengakibatkan
lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran."
~ Flower A. Newhouse~
"Manusia tidak merancang untuk
gagal, mereka gagal untuk merancang."
~William J. Siegel~
"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan."
~William J. Siegel~
"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan."
~ Mognon Me Lauhlin~
"Jika anda mahu membuat sesuatu,
anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari
alasan." ~ Peribahasa Arab~
"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier~
"Menyimpang seinci, rugi seribu
batu." ~ Peribahasa Cina~
"Keberanian yang sebenar ibarat
layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah,
sebaliknya menaikkannya." ~John Petitsenn~
"Kerana anda dapat mengawal
kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah
pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar."
~ Barbara Hall~
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang."
~ Whitney W Young~
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad~
~ Barbara Hall~
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang."
~ Whitney W Young~
"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad~
"INSAN YANG MENGHARGAI KEHIDUPAN
ADALAH INSAN YANG BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN."
Sekian....
Subscribe to:
Posts (Atom)