Monday, 21 May 2012

MOTIVASI DIRI


Membina Motivasi Diri

 Perbaiki imej anda dan cuba lakukan sedikit perubahan
 -          Jika anda lelaki, imej dan pemakaian anda haruslah kemas dan bersih.
-          Jika anda wanita, tukar imej kusam anda kepada yang kemas, elegan dan aktif. Kenakan warna-warna yang ceria pada tubuh anda; pada tudung dan baju. Hiasi diri anda dengan sedikit solekan yang nipis dalam membina keyakinan diri anda.

 Lakukan senaman ringan
-         Selain memperbaiki imej,kesihatan yang baik juga perlu diberi keutamaan dalam membina keyakinan diri.

Sentiasa senyum
-          Sedekah yang paling mudah dan senang adalah melalui senyuman.
-          Senyuman pengubat segala kemarahan.
-          Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, InsyaAllah kita akan mendapat kembali senyumannya.

Berfikiran positif
-          Berfikiran positif membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki menjadi luas. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap Allah.

Bersedia untuk berubah
-          Jangan teragak-agak untuk berubah. Jika orang lain boleh berubah, kenapa anda tidak boleh?Anda juga insan yang dikurniakan Allah dengan pelbagai kebolehan dan keistimewaan tertentu.


No comments:

Post a Comment