Friday, 18 May 2012

MUTIARA KATA TOKOH TERKENAL


Assalamualaikum... 
Semoga kita semua lebih bersemangat dan bermotivasi tuk menjalani hidup ini dan   menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat...amin ya rabbal'alamin...


 Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang paling baik akhlaknya.
~Bukhari dan Muslim~
 
Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran hidup manusia.
 ~Tan Sri Hanif Omar~

Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
~Bukhari dan Muslim~

Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
~Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad~

Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu ialah kejayaan.
~ Henry Ford~

Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
~Issac Watts~

Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
~Edmund Burk~

If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
~Morva N. Collins~

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" 
~ Hamba Allah~

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai
kepada penghabisan umur" 
~ Hamba Allah~

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." 
~ Albert Camus~

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille~

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun~

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." ~ Wahab B. Munabin~

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan."  
~ Andre Colin~

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." ~ Soekarno~

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"  
~ Hukama~

"Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara." ~ Abraham Lincoln~

"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh."  
~ Albert Einstein~

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya." ~ Marcus Aurelius~

"Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." ~ Confucius~

"Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu."
 ~ Pepatah Arab~

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze~

"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." 
~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)~

"Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah." ~ T.S Matthews~

"Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya."  
~ Khong Hu Cu~

"Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela."
~ Napoleon Bonaparte~

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya." ~ Voltaire~

"Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya." ~ Voltaire~

"Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang."
 ~ Anonim~

"Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan." 
~ Abdullah Mansur M.H~

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier~

"Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran." ~ Flower A. Newhouse~

"Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." 
~William J. Siegel~

"Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan."
 ~ Mognon Me Lauhlin~

"Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan." ~ Peribahasa Arab~

"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka." ~ Charles Cahier~

"Menyimpang seinci, rugi seribu batu." ~ Peribahasa Cina~

"Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya."  ~John Petitsenn~

"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar." 
~ Barbara Hall~

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang." 

~ Whitney W Young~

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga." ~ Dr. Mahathir Mohamad~

"INSAN YANG MENGHARGAI KEHIDUPAN ADALAH INSAN YANG BERSYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN."
                                                                                                                                                       Sekian....

No comments:

Post a Comment